Pages

Wednesday, November 18, 2009

Praktikal

Waduh!!

Udah lama ya aku ngak menulis blog. Hehe... (Poyo plak cakap bahasa indon)

Lama ker aku tak update blog? Entah la, sejak habis exam 10hb hari tu aku tak update lagi. Anyway, time exam ari tue susah jugak. Memang blur, jawab exam pun entah apa-apa. Hope lulus, jangan la tak lulus.

Lepas jer exam ari tue, memang aku terkejar-kejar la kemas barang. Langsung tak ada masa nak rehat. 13hb akak sepupu aku datang ambik barang-barang aku. Separuh dari barang-barang tue aku bawa ke Serdang.

Hah!! Buat apa pulak kat Serdang? Kalau korang nak tahu tue la tempat aku praktikal (Perpustakaan Sultan Abdul Samad atau lebih dikenali UPM Library). Memang agak rushing la. Nasib ada rumah saudara dekat situ (Thanks a lot to Mak Ram and Abah Din). Diorang memang baik sangat dengan aku. Siap hantar dan amek aku lagi.

On 17th aku start masuk praktikal. Mula-mula cuak jugak, tapi lepas tue ok la. Bahagian yang mula-mula aku jejak ialah bahagian sistem teknologi maklumat. hehe.. kira aku jumpa balik la dengan staff-staff yang aku pernah jumpa dulu. Hehe.. jangan tak tau, sebelum aku datang praktical nie, aku dah pernah datang wat research dengan member-member aku kat UPM library nie. tue yang boleh kenal tue and diorang pun masih ingat kat aku lagi.. terharunya.. ngee poyo la plak. Anyway thank to En.Shaifol, En. Khairil, En. Muiz, Cik Najjah, and Cik Khairiah. Tapi sedih, aku tak lama kat bahagian tue. Satu hari jer kat bahagian tue.

Semalam merupakan hari kedua aku praktikal and aku dibawa ke bahagian training and jumpa dengan Pn. Hawa. Lepas tue dia bawa kita orang memonton..(haha.. jangan korang ingat p tgk wayang plak). Menonton video koperat library UPM. Lepas Pn. Hawa kasi la penerangan serba sikit tentang library diorang and kasi jadual praktikal kat kita orang.

Ooooppss!!! Lupa plak, aku kat sini jumpa member baru, nama dia Hayatie, baik and yang penting boleh ngam... hehe...

Lepas Kita orang tengok wayang( hehe...), Kita orang di bawa melawat ke setiap bahagian dan berjumpa dengan Ketua Bahagian (huhu... kitaorang jadi famous la kejab..).

Second bahagian yang kita orang pergi untuk semalam ialah Bahagian Pembangunan Koleksi. Kat sini diorang gabung kan perolehan dengan pengkatalog. Bahagian nie paling banyak librarian. Tapi best, ketua bahagian dia Pn. Haslina blanjer kita orang makan tangah hari.( hehe...)

Kak Fini comel orang nya, macam aku jugak( wek!! perasan nak mamposs.. haha...) dia la jadi sifu kita orang. Ajar macam mana nak wat order buku, approve buku, jenis-jenis order, spesifiksi pemilihan buka dan sebagainya..

Hari ni kita orang wat benda yang sama.. Takda lagi benda baru yang kita orang nak belajar, tapi kat bahagian nie kita orang stay sampai dua minggu. Lepas tue baru pergi ke bahagian lain..

Alamak!! Time rehat dah nak habis. gtg....

Len masa len kali len kesempatan aku taip lagi no...
p/s to kengkawan: Hope korang wat praktikal elok2 na.. and hope korang sumer dapat keje lepas nie.



p/s: nanti aku upload pic aku kat sini.