Pages

Thursday, August 20, 2009

2 Ramadan..

Hari ni dah hari kedua aku berpuasa. alhamdulillah... Sampai juga Ramadan tahun ni. Nasib la puasa ganti semua dah habis diganti, kalau tak, berganda la.. huhu.. Semalam rasa sedih sangat sebab aku bersahur sorang-sorang. Member-member ada yang balik kampung, ada yang tak nak bangun sahur, jadinya bersahur la sorang-sorang. Lagi menyayat hati, masa berbuka puasa pun aku berbuka sorang-sorang. isk.. isk..

Walaupun tak dapat balik berbuka puasa bersama keluarga, tapi aku tetap gembira. At least ada jugak someone temankan aku, walaupun tak ada kat depan mata. hehe... Lagi membuatkan aku gembira sangat someone tu datang bersahur dengan aku.. Terharunya...isk..isk.. (Macam nak nangis pun ada... ahaks.. mengada...).

Aku rasa cepat sangat masa berlalu. Dua tahun rasa macam sekejab aje. Akhir bulan sepuluh ni, aku dan member-member aku akan bawa haluan masing. Semua akan berpisah, entah bila dapat jumpa dengan diaorang semua. Mungkin masa convocation nanti kot. Aku akan beralih zaman, zaman belajar ke zaman perkerjaan.. Pikir-pikir balik, takutnya nak masuk alam baru. Banyak benda lagi nak kena belajar.. Aduyaii.. belajar lagi. hehe...

Hope to all my friends, do the best and i luv u all...
MMuuaacchhh......

Tuesday, August 18, 2009

Lacturer day...

Alamak... Petang ni ada lacturer day la... Mati la aku.. Apa-apa preparation pun aku tak buat lagi.. Article pun x baca lagi... Memang masak la aku petang karang... Hehe.. Korang mesti herankan kenapa la aku ni cuak sangat..

Actually, petang ni aku kena jadi lacturer dalam kelas En. Azmi, tp kejab jer, dalam 10 minit gitu... Hehe.. Nak dapatkan 5 markah punya pasal... Pikir-pikir balik susahnya nak jadi lacturerkan.. Nak bagi semua student faham bukan kerja senang.. Nasib la aku bukan jadi lacturer betul-betul.. Jadi lacturer ni atau seangkatan dengannya (termasuk la guru) memang aku tak minat. Bukan apa, aku rasa, memang aku tak ada bakat la nak mengajar orang.. Tapi tak apa, ramai lagi yang nak jadi lacturer, so aku akan cuba sedaya upaya cari kerja yang aku minat.. Hopefully la... hehe...

Pasal petang ni aku cakap je la apa yang aku patut cakap...Hope aku tak ler gagap.. Kalau tak, mati esok kena ketawa dengan member kelas.. haha..
Ok good luck Mieza.. Gambatte Kudasai... Jangan gagap tau... (Poyo jer bagi kata semangat kat diri sendiri ahaks.... kira apa, aku punya blog suka hati aku la...) hehe...

Sekian...

Terima kasih..



Saturday, August 15, 2009

Ceria...

Alhamdulillah....
Semua masalah dan kekusutan yang melanda aku dah selesai... Aku harap dengan apa yang terjadi nie, aku dapat memperbaiki diri aku menjadi lebih baik dari dulu...
Aku akui memang banyak sifat buruk yang patut aku ubah. Tapi semua tue bukan senang untuk berubah dalam sekelip mata saja.. Aku perlukan keluarga, kawan-kawan dan terutama skali someone yang slalu buat aku ceria untuk sokong aku..
Thank to everyone becoz u all cheer up my life....

Wednesday, August 12, 2009

Guru dan Pensyarah

Ada dua orang lelaki dalam perjalanan menaiki keretapi. Salah seorang adalah seorang guru di sekolah menengah dan seorang lagi pensyarah di sebuah universiti. Mereka duduk bersebelahan . Si guru menghabiskan masa nya didalam keretapi hanya dengan termenung ke arah tingkap keretapi dan menikmati permandangan diluar. Manakala si pensyarah resah seketika kerana tidak dapat membuat apa dan memikir kan apa-apa. Akhirnya si pensyarah sangat bosan lalu berkata kepada si guru Hai...apa kata kite bermain sesuatu permainan ...saya amat bosan..


Terkejut seketika si guru tetapi tidak mengendah kan si pensyarah lalu menyambung tenungannya itu kearah tingkap keretapi dan mendiamkan diri. Si pensyarah tergaman dan sekali lagi mengajak si guru bermain permainan Hey awak nk bermain satu permainan kuiz tak...Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5


Si guru terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir.. Ok kalau cmtu macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50

Si guru terfikir..dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak bodoh. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Lalu si pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun


Si guru berfikir sejenak lalu berkata erm ok...soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat...Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan nya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi. Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambut nya dengan girang....Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..Tiba-tiba si pensyarah bersuara..Nanti dlu...kamu tidak boleh buat saya macam ni...Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi?


Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.

Kisah Kasih Suami Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.


Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.


Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Just 4 release tension..... Enjoy It...